Ermmm......
Apa dia homeostasis tu?
HOMEOSTASIS adalah pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan yang seimbang dan stabil. Keistimewaan ni Allah swt bagi pada organisma hidup.
Pengekalan persekitaran dalam badan sesuatu organisma dalam keadaan seimbang dan stabil
membolehkan semua proses hidup dalam badan organisma itu berjalan dengan lancar. Sekiranya keadaan persekitaran tidak seimbang, misalnya suhu terlalu tinggi, sel-sel organisma boleh mati. Hebatkan Allah mencipta sesuatu organisma yang lemah dan tiada daya terhadap dirinya dan persekitaran tapi dengan rahmat dan kasih sayangNya keistimewaan ini Allah berikan bagi organisma untuk terus hidup.
Aplikasi homeostasis dalam badan kita ada diterangkan di dalam video dapat menjawab persoalan bagaimanakah proses kawal atur suhu, air dalam badan supaya berada dalam keadaan seimbang. Subhanallah.... Hebat kan ciptaan Allah
Bukan sahaja manusia mendapat keistimewaan ini, tetapi haiwan juga menjalankan proses homeostasis dengan cara yang berbeza. Setiap apa yang diciptakan pada haiwan tertentu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk terus hidup pada persekitaran atau habitat mereka.
Di dalam video ini ada dinyatakan tentang beberapa jenis haiwan menjalankan proses homeostasis. Jom kita saksikan. Tengok sampai habis tau !!!
Tumbuhan juga menjalankan proses homeostasis.
Tapi..... Bagaimana pula tumbuhan menjalankannya? Jom tengok video ni
Alhamdulillah. Selesai sudah pembelajaran kita tentang homeostasis. Setiap yang Allah jadikan tu mempunyai banyak kelebihan diluar akal manusia. Renungilah dengan hati nurani yang bersih supaya mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.
Baiklah dah faham ke homeostasis manusia dan haiwan? Dah faham jom kita buat latihan pulak.
Dah selesai jawab latihan, jom kita main game Quizziz . Soalan quizziz adalah sumbangan daripada Cikgu Arma Mohd Yusof. Semoga dipermudahkan urusan cikgu atas sumbangan.
Kuiz Bab 3 Koordinasi dan Gerak balas
Nice... saya pon belajar & minta bantuan dari ckg idayu sifoo blog tu hehe
ReplyDelete